Sunday 26 October 2014

KURSUS MEMBUAT ROTI CANAI DAN MURTABAK RAJA

PENDAHULUAN

Peserta yang mengikuti kursus singkat ini merasa teruja kerana berjaya membuat, murtabak , murtabak raja dan roti canai dalam masa kursus sehari sahaja.


Melalui resepi inovasi murtabak yang kami lakukan, kos bahan untuk debiji murtabak lebih kurang lima puluh sen sahaja, dapat dijual pada harga RM 3.00 ke RM 4.00 bergantung kepada lokasi. Ujian rasa yang kami lakukan, hampir semua penguji memuji kesedapan murtabak kami. Bayangkanlah usaha ini mempunyai marjin keuntungan yang tinggi.



Peserta kursus sedang menyiapkan murtabak

Murtabak raja yang dihasilkan

Doh murtabak dan roticana yang siap diadun

Modal bahan murtabah lebih kurang 50 sen sebiji.

Perniagaan Murtabak Raja merupakan satu produk yang diasaskan di Kelantan yang kini telah berkembang keseluruh negara dengan permintaan yang baik. Proses sejuk beku telah membolehkan indudtri ini berkembang maju. Video berikut merupakan salah satu pengusaha Murtabak Raja yang tersohor :-


Satu lagi pengusaha Murtabak Raja yang tersohor di Kelantan ialah Raja Zaidah. Bermula dengan mengusahakan murtabak secara kecil-kecilan dirumah, kini dengan bantuan Sirim dan Groombig beliau telah berjaya membuka kilang dengan pengeluaran yang besar. Klik di sini untuk mengikuti temubual eksklusif dengan syarikat ini.Klik sini (asas murtabak raja)


PENGENALAN


Kursus Asas Membuat Roti Canai dan Murtabak dilaksanakan bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses makanan halal.

Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran roti canai dan murtabak yang boleh dihasilkan dari rumah, bengkel mahupun di kilang yang khusus berasaskan kepada modal yang dimiliki.

Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan dengan prosedur yang dipermudahkan bagi membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.

PELAKSANAAN


Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu dan komersil . Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran. 


PESERTA


Terbuka kepada semua golongan.

TEMPOH KURSUS BERJADUAL

Kursus berjadual tidak disediakan, hanya kursus berkumpulan 5 orang peserta dan kursus perseorangan dan persendirian luar jadual sahaja diadakan.

TEMPOH KURSUS LUAR BERJADUAL

1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif   diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 

2. Kelas selama 1 hari bermula jam 9.30 pagi dan berakir pada sessi petang.

3. Kelas di daerah  Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.

4. Dapat membuat booking awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 



KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Makan minum, nota kursus dan bahan-bahan mentah disediakan sepanjang tempoh kursus.

KANDUNGAN KURSUS :

A) PENGENALAN

CARA MENYEDIA KULIT MURTABAK/ ROTI CANAI:


Bahan yang digunakan ialah tepung gandum, susu, telur, garam, air dan minyak masak.

PENYEDIAAN INTI MURTABAK

Bahan yang diperlukan ialah daging ayam, bawang besar, bawang putih, halia, rempah tertentu, telur,garam secukup rasa,, minyak masak untuk menumis dan minyak sapi untuk menggoreng.


B) PRODUK-PRODUK YANG BOLEH DIHASILKAN

i. Roti canai kosong

ii. Roti canai telur

iii. Roti canai sardin

iv. Roti canai sejuk beku

v. Murtabak biasa

vi. Murtabak lapis (Murtabak Raja)

vii. Murtabak sejuk beku


C) TEKNIK PEMBUNGKUSAN DAN SEJUK BEKU

Teknik sejuk beku amat penting diketahui bagi menjamin roti canai segera dan murtabak sejuk beku dapat di
tahan disimpan dalam jangka waktu yang lama dan tidak rosak.


D) TEKNIK MENGHIDANG MURTABAK RAJA

Dinyahbeku satu waktu tertentu, digoreng atas kuali dalam masa tertentu atau dibakar dalam oven pada suhu dan masa tertentu. atau menggunakan microwave.


E) PELEBELAN

i. Piawaian perlebelan

ii. Info yang diperlukan pada label

ii. Prosedure mendapatkan sijil pengesahan Ujian makmal bagi mendapatkan pengesahan makmal kandungan bahan dalam produk yang dihasilkan dan yuran.


F) BAR CODE

i) Keperluan Bar Code

ii) Pengenalan Bar Code GS1 Malaysia

iii) Pendaftaran dan yuran


G) TRADE MARK

i) Mendaftar jenaman produk minuman anda

ii) Tatacara pendaftaran

iii) Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Pendaftat

iv) Pendaftaran melalu ajen.


I) PENUTUP

i. Membuat roti canai dan murtabak fresh dan sejuk beku merupakan satu bidang keusahawanan yang berdaya maju kerana produk ini mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat.

ii. Industri ini boleh diceburi dengan mudah kerana boleh dimulakan dengan menggunakan teknologi asas yang mudah dan murah dirumah atau bengkel.

iii. Bila telah memulakan industri secara kecilan, anda berpeluang memohon bantuan dan geran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan usaha anda ketahap IKS.


SIAPA PATUT HADIR ?

Mereka yang berminat untuk menambah pengtahuan, memulakan usaha kecil-kecilan serta ingin berminat menjadi usahawan IKS patut hadir kursus ini.


YURAN PENYERTAAN

Berkumpulan 5 orang - RM 250.00 / seorang(bolih membuat tempahan tarikh yang sesuai dengan anda tertakluk kepada kekosongan jadual kursus)

Kursus perseorangan/persendirian - RM 500.00, boleh membawa pembantu dengan tambahan yuran RM 150.00 setiap pembantu yang dibawa menyertai kursus (boleh membuat tempahan tarikh yang sesuai dengan anda, tertakluk kepada kekosongan jadual kursus)

Yuran termasuk:-
- Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal
- Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
- Nota-nota Lengkap
- Sijil Penyertaan kursus

Tempat Kursus :  sila klik


WMK FOOD INDUSTRIES
Lot 14915 Taman Mengkuang IndahTingkat Bawah, 
Kg. Padang Mengkuang, Bukit Payung, 
21600 Marang Terengganu.

Hubungi : 
H/phone : 013-9389712 / 0193203692(call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501
E-mail: wmkfood@gmail.com
Layari : http://wmkfoodindustries.blogspot.com